Gaji Minimum Mesti Berasaskan Produktiviti: Amirsham

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gaji minimum pekerja wajar berasaskan produktiviti bagi memastikan industri tidak hilang kelebihan saingan.

Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz berkata, kerajaan perlu bertindak secara bijak sebelum memutuskan gaji minimum bagi memastikan pertumbuhan industri tidak terjejas.

"Kerajaan perlu bertindak dengan bijak. Adakah mereka akan menetapkan gaji minimum tanpa mengira produktiviti? Saya percaya kerajaan tidak akan melakukannya, mereka mungkin membunuh industri," katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Amirsham mengulas gesaan beberapa pihak, termasuk CUEPACS, yang menggesa kerajaan menetapkan gaji minumum, dan menjelaskan mengapa gaji minimum tidak dimasukkan dalam Model Ekonomi Baru (MEB).

"Jika gaji minimum diputuskan tanpa sumbangan produktiviti, ia boleh menyebabkan bencana bagi ramai majikan, dan anda mungkin hilang saingan," katanya.

Menerusi MEB, NEAC mencadangkan penubuhan Dana Transformasi untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Dana itu boleh digunakan untuk membantu syarikat meningkatkan produktiviti pekerja. Dana itu boleh digunakan untuk membantu syarikat meningkatkan kemahiran pekerja yang seterusnya boleh menyumbang kepada peningkatan gaji.

"Walaupun cadangan itu mungkin tidak selari dengan kerajaan, namun dalam kes ini, kami berkata demikian kerana jika ada gaji minimum, ia perlu berasaskan produktiviti," katanya.

Mengulas mengenai penyertaan Bumiputera, Amirsham berkata, MEB akan meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang pelaksanaannya.

Beliau berkata, MPEN akan mengkaji pendekatan terbaik yang boleh menyokong bidang ekonomi utama yang disasarkan dalam MEB.

"Dalam MEB, tidak ada kuota pemilikan, namun apa yang kami mahu lihat ialah kapasiti perniagaan Bumiputera disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan yang lebih baik.

"Sebagai contoh, pembiayaan dan akses Internet adalah antara bidang yang perlu ditingkatkan supaya mereka dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih baik dan operasi yang lebih cepat," kata Amirsham. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan