Nelayan Sangka Polis Mahu Tahan Anak Terencat Akal

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang nelayan dari Kampung Sepat di sini terkejut apabila pihak polis datang ke rumahnya semalam yang dikatakan mahu menahan anaknya yang terencat akal kerana gagal melaporkan diri menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dua tahun lalu.

Zulkifli Abdul berkata, tindakan pihak polis untuk menahan anaknya Mohd Shukri, 20, telah memalukan mereka sekeluarga di kalangan para jiran.

"Anak saya cacat sejak berusia tujuh bulan dan tidak mampu mengurus diri sendiri, malah makan dan minum perlu disuap setiap hari.

"Dia hanya boleh duduk di atas kerusi roda dan hidupnya seratus peratus dibantu keluarga," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, beliau sudah menyerahkan surat pengesahaan berserta kad Orang Kurang Upaya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tentang status anaknya kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) pada 2008 untuk dikecualikan daripada mengikuti PLKN.

Zulkifli tidak pasti sama ada JLKN menerima surat berkenaan sehingga menyebabkan pihak polis datang ke rumahnya.

Isterinya, Khatijah Husain berkata, beliau sedia menyerahkan anaknya untuk mengikuti PLKN sekiranya JLKN mampu menguruskan anaknya semasa latihan.

Bagaimanapun Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat JLKN, Leftenan Kolonel Mohd Razak Omar yang dihubungi kemudiannya menjelaskan bahawa kedatangan anggota polis bukan untuk menahan remaja berkenaan sebaliknya hanya mahu melakukan siasatan.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang surat daripada ibu bapa Mohd Shukri bagi memaklumkan mengenai keadaan sebenar anak mereka.

"Kita boleh kecualikan Mohd Sukri daripada mengikuti PLKN jika mendapat permohonan berkenaan serta bukti seperti kad OKU, namun dalam tempoh dua tahun selepas surat panggilan mengikuti PLKN dikeluarkan, kita tidak menerima sebarang maklum balas," katanya.

Katanya, JLKN telah menghantar wakil untuk menemui keluarga berkenaan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan