Najib Umum MEB Untuk Jadikan Malaysia Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang sememangnya dinanti-nantikan yang akan mengubah ekonomi kepada berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata MEB akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif pada peringkat serantau dan global yang menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Malaysia di mana pendapatan per kapita masing-masing boleh meningkat kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad, daripada AS$7,000 sekarang ini.

Di bawah MEB itu, katanya kerajaan tidak lagi boleh menerima amalan perbuatan merentir dan "patronage", yang telah lama mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

MEB bakal menjadi inklusif di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat dari pertumbuhan ekonomi yang mesti merupakan elemen fundamental sebarang pendekatan ekonomi baharu," katanya semasa berucap pada persidangan "Invest Malaysia 2010" di sini.

Khazanah Nasional perlu mencapai kemajuan yang lebih laju untuk melupuskan aset bukan teras bagi meningkatkan kecairan kaunter berkenaan, kata Najib.

Katanya kerajaan juga akan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ini akan menempatkan Malaysia sebaris dengan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan tidak mampan pada sebilangan kecil industri, perniagaan dan pembayar cukai.

Katanya Malaysia juga perlu keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan yang akan menjadi satu kedudukan tidak menentu bagi sebarang negara di dalam ekonomi global yang baharu.

Katanya, itu bermakna mengejar dasar ekonomi industri berpengetahuan pada masa depan yang menawarkan pekerjaan yang manawarkan upah yang tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi oleh semua pihak.

Perdana Menteri berkata MEB yang digubal oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (Neac) yang bebas, akan diintegrasikan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh dengan wawasan jangka panjang yang akan dipanjangkan sehingga ke Rancangan Malaysia Ke-sebelas.

"Ini boleh menstransform ekonomi untuk menjadi satu dengan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan berkualiti bagi tempoh dekad akan datang," katanya.

Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun.

"Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.

Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.

Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Najib turut memberi peringatan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami sedikit keperitan jangka pendek bagi memperoleh manfaat jangka panjang kerana sektor ekonomi tertentu kemungkinan mengalami kesan buruk.

"Proses perubahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada masanya ia memeritkan. Tetapi, bagi mencapai kekukuhan jangka panjang negara kita, kita tidak dapat mengelakkan lagi isu-isu berkenaan," katanya.

Katanya, sambil dasar asal DEB masih relevan, kini tiba masanya untuk menyemak semula pelaksanaannya: "Kita akan mengejar matlamat yang sama tetapi mentransformasikan cara kita melaksanakan usaha mencapainya."

Dasar tindakan afirmatif yang digunakan semula akan menjadi mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berdasarkan keperluan.

Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain, kata Najib.

Katanya akan wujud satu dasar tindakan afirmatif yang diperbaharui semula di dalam MEB dengan fokus menaikkan paras pendapatan kesemua kumpulan yang kurang bernasib baik.

Mereka termasuk kumpulan yang tinggal di rumah-rumah panjang di Sabah dan Sarawak, isi rumah yang miskin di Semenanjung Malaysia dan nelayan, peniaga kecil dan petani kecil serta "tidak melupakan Orang Asli dan golongan miskin di kawasan bandar yang mahu mendapatkan kehidupan lebih baik di dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Katanya laporan Neac menunjukkan bahawa fokus perlu diberikan kepada kumpulan 40 peratus rakyat Malaysia pada peringkat bawah -- secara individu dan mengikut wilayah. Mereka merupakan kumpulan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khas.

"Matlamat akhirnya ialah tiada rakyat Malaysia hidup di dalam kemiskinan, bahawa kesemuanya mendapat peluang untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran," katanya.

Laporan Neac menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran kini perlu memberi fokus kepada pelaburan biaya upaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaat daripada peluang-peluang baharu di dalam ekonomi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan