MEB Perlu Tangani Isu Tenaga Kerja: MCA

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA menyambut baik Model Ekonomi Baru (MEB) dan pendekatan yang diumumkan untuk memacu Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Presiden MCA yang baru dipilih, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, MCA juga yakin dengan iltizam politik kerajaan untuk memastikan matlamat MEB dicapai.

"MCA gembira dengan tindakan baru yang diumumkan itu yang akan berlandaskan merit dan keperluan, telus dan mesra pasaran. Kaum tidak sepatutnya menjadi kriteria utama dalam pelaksanaan dasar-dasar ekonomi dan sosio-ekonomi ini," katanya dalam kenyataan.

Mengulas Laporan Pertama MEB yang dikeluarkan hari ini, Dr Chua berkata, kerajaan perlu membuktikan semangat politik dan keikhlasan dalam mengatasi kelemahan pada dasar-dasar yang diumumkan itu.

"Dan sepatutnya tidak wujud naungan politik atau toleransi bagi pemanipulasi yang cuba mengaut keuntungan," katanya dan menggesa kerajaan menangani beberapa isu tertangguh khususnya berkaitan tenaga kerja asing.

Katanya, MCA bersetuju bahawa kawalan harga dan subsidi telah menjejaskan pasaran barangan dan perkhidmatan dan dengan itu menjadikan Malaysia kurang kompetitif, dan menurutnya wujud keperluan untuk membangunkan sumber baru pendapatan.

"Negara mempunyai permulaan baik dalam teknologi hijau dan sudah tiba masanya negara menerokai industri dan perkhidmatan hijau nilai tinggi. Negara tidak boleh berharap untuk menjadi pusat kewangan dunia tetapi negara mempunyai potensi besar menjadi hab perkhidmatan kewangan Islam bersepadu," katanya.

Dr Chua berkata, kerajaan juga perlu merumuskan pelan induk bagi keperluan tenaga kerja bagi tempoh 10 tahun akan datang kerana MEB tidak memberikan tumpuan sewajarnya terhadap isu kebergantungan negara kepada pekerja asing.

"Sehingga kita mampu menaik taraf pekerja kita menjadi pekerja berkemahiran tinggi dan memiliki pelbagai kemahiran, bukan perkara mudah untuk kita menghapuskan pergantungan kita kepada buruh asing yang murah dan tidak mahir," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga perlu mengkaji secara serius dalam soal pelaksanaan kadar gaji minimum di beberapa sektor di mana potensi pertumbuhan dan permintaan bagi pekerja asing adalah tinggi.

"Dasar untuk menarik cerdik pandai kembali berkhidmat dalam negara tidak berjaya kerana faedah kewangan yang ditawarkan kepada individu terbabit masih rendah. Kita perlu menarik bukan sahaja individu terbabit tetapi juga keluarganya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan