MEB Adalah Menyeluruh: Mukhriz - Berita Semasa | mStar

MEB Adalah Menyeluruh: Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah menyeluruh dan menarik.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Najib telah mempelopori pelbagai dasar sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Beliau berkata, MEB telah mengadunkan 1Malaysia, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di dalam satu rangka komprehensif serta mampu mencapai objektif untuk meningkatkan pendapatan ke tahap lebih tinggi.

Mukhriz berkata, sasaran untuk meningkatkan pendapatan per kapita negara daripada lebih AS$7000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun adalah satu sasaran yang besar dan mampu dicapai dengan kerjasama, semangat dan kesungguhan kental semua pihak. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan