Lima Lemas, 17 Terselamat Dalam Tragedi Bot Karam

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sebuah bot laju yang membawa 22 warga Indonesia karam di perairan Tawau, kira-kira dua kilometer dari pantai mengakibatkan lima orang, termasuk tiga kanak-kanak lemas manakala 17 yang lain selamat dalam kejadian pada 8.20 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, mereka yang terbunuh ialah Eppy Jupri, 3, Hairi Patta, 7, Aswin Asri, 13, Sonna Bakar, 25, dan Justina Omar, 31.

Tujuh belas mangsa yang selamat pula ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur lima bulan iaitu Asrul Hamsa, pemilik bot Loneng Kadir, 57, Hamsah Baso, 28, Sapian Bacho, 45, Kassim Sapian, 22, Aldi Jupri, 1, Iwan Jumat, 17, Muliadi Mato, 23, Mustapah Bakri, 22, Sukardi Umar, 34, Ayu Bali, 16, Efa Kahar, 15, Erna Salim, 20, Sumiati Lorang, 22, Yati Mapa Sungkai, 30, Musdalifah Moh Ali, 9, dan Samsiah Olleh, 51.

Kesemua mereka diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Bagaimanapun juragan bot berkenaan yang dikenali sebagai Antok, 30, telah menghilangkan diri dan polis sedang mengesannya dengan meminta bantuan konsul Indonesia di sini.

Ibrahim berkata, kesemua mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat manakala lima mangsa yang terselamat masih menerima rawatan di hospital.

Dua belas orang lagi ditempatkan di pejabat Konsul Indonesia di sini selepas diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Ibrahim berkata, bot berkenaan dalam perjalanan ke Tawau dari Nunukan apabila terlanggar benda keras dipercayai kayu lalu pecah sebelum tenggelam.

Katanya, tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia yang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat berjaya mengurangkan jumlah mangsa yang lemas dalam tragedi itu.

Ibrahim berkata, semasa kejadian, dua bot ronda Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau sedang berlabuh tidak jauh dari tempat kejadian manakala pasukan polis peronda pula kebetulan membuat rondaan di tepi pantai.

Sebaik sahaja menyedari kejadian, polis segera memaklumkan agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan hospital yang turut terlibat dalam kerja-kerja menyelamat berkenaan.

Katanya, gerakan mencari dihentikan kira-kira 10.30 pagi selepas pihak berkuasa berpuas hati bahawa tidak ada lagi mangsa bot karam yang hilang.

Sementara itu, pemilik bot berkenaan, Loneng, memberitahu polis bahawa dia ke Tawau untuk mendapatkan rawatan kerana sedang sakit dan kini masih berada di hospital. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan