Anwar Gagal Jelaskan Isu APCO: Khairy

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai APCO Worldwide di Dewan Rakyat hari ini tidak menjelaskan kedudukan sebenar isu itu.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, penjelasan ketua pembangkang itu gagal menjawab persoalan dibangkitkan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mengenai dakwaan Anwar kononnya Gagasan 1Malaysia ditiru daripada "One Israel" yang dikaitkan dengan firma komunikasi antarabangsa itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen sejurus selepas Anwar memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat mengenai dakwaannya mengaitkan APCO Worldwide dengan 1Malaysia, yang turut dikaitkan dengan slogan "One Israel" ketika pemerintahan Ehud Barak pada 1999.

Anwar diberi tempoh seminggu oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee untuk menjelaskan isu itu setelah Abdul Rahman mendakwa ketua pembangkang itu cuba mengelirukan Dewan Rakyat dan mahukan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Khairy turut mempersoalkan penjelasan Anwar mengenai kontrak APCO dengan kerajaan Malaysia yang ditandatangani pada Ogos 2009 sedangkan gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada April tahun sama.

"Penjelasan ketua pembangkang hari ini bertujuan mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalaman pakatan pembangkang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan