Tujuh Dasar Baru Mengenai Pekerja Asing - Najib

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh dasar baru telah dilaksanakan hasil satu kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara berhubung kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meneliti semula dasar serta prosedur pengambilan pekerja asing secara keseluruhan.

"Pusat Kelulusan Setempat juga ditubuhkan untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing yang dianggotai wakil dan pegawai daripada enam agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Manusia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Najib berkata satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan bagi memantau prosedur permohonan baru pekerja asing.

"Dasar Job Clearing System pula menjadi satu syarat bagi memastikan semua pekerjaan ditawarkan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu, dan majikan yang memerlukan pekerja asing pula dinasihatkan supaya memohon lebih awal bagi mengelak sebarang kelewatan mendapatkan pekerja asing," katanya.

Najib berkata dasar itu juga termasuk pengenalan buku panduan, dasar, prosedur dan syarat-syarat penggajian pekerja asing di negara ini oleh Kementerian Sumber Manusia yang telah diedarkan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing bertujuan memastikan proses pengambilan pekerja asing menjadi lebih teratur serta berkesan. Bagi mengurangkan kebergantungan industri terhadap pekerja asing, mulai 1 April tahun lepas majikan akan menanggung bayaran levi, katanya.

Beberapa memorandum persefahaman turut dimeterai antara Malaysia dan Indonesia pada 13 Mei 2006 dan Malaysia-India pada 3 Januari 2009 bertujuan memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing di negara ini.

"Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian itu telahpun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa kerajaan prihatin dan memantau perkembangan pekerja asing di negara ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan