Sepupu Sultan Kelantan Dilantik Anggota Majlis Perajaan Negeri

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sepupu Sultan Kelantan, Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Khairi dilantik sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN).

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini berkata pelantikan Tengku Ahmad Farizanudean, 47, dibuat dalam satu majlis di Istana Telipot, semalam.

Katanya Tengku Ahmad Farizanuddin, seorang juruterbang Malaysian Airlines (MAS) akan menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) kelas pertama yang membawa gelaran Datuk daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, esok. Abdul Halim berkata dengan pelantikan itu, keanggotaan MPN, yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan) kini adalah 18 orang.

Tengku Abdul Halim ialah datuk saudara kepada Pemangku Raja Kelantan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan