Nasib Tee Keat Terpulang Kepada PM - Tsu Koon

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk menentukan nasib bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam Kabinet yang kini sebagai Menteri Pengangkutan.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, semua tidak seharusnya membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan.

"Isu ini perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri yang mempunyai kuasa penuh... saya percaya beliau akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan MCA.

"Saya fikir isu ini tak wajar dibincangkan secara terbuka," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada pemilihan MCA semalam, bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat kejutan setelah menang dengan majoriti tipis 68 undi, mengetepikan bekas pemimpin nombor satu, Tan Sri Ong Ka Ting dan Tee Keat.

Dr Chua memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting yang meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.

Beliau sebelum ini meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan berundur daripada semua jawatan dalam parti pada bulan Januari 2008 ekoran tercetusnya skandal DVD seks.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Dr Koh berkata, perkara tersebut bukan lagi isu yang perlu dibangkitkan kerana perwakilan MCA telah membuat keputusan mereka.

"Apa yang lepas sudah lepas, perwakilan sudah membuat keputusan, yang penting kita mara ke hadapan," katanya.

Dalam pada itu Dr Koh juga berharap pemilihan kepimpinan baru MCA semalam dapat menjadikan parti itu kembali stabil dan kukuh.

"Saya percaya selepas keputusan yang dibuat melalui proses demokrasi dalam parti maka parti MCA akan menjadi lebih stabil dan utuh.

"Seterusnya bersama-sama dengan kami parti-parti komponen BN (Barisan Nasional) dan menumpukan perhatian untuk melakukan tranformasi nasional untuk faedah rakyat.

"Kita mempunyai harapan positif terhadap perkembangan terbaru ini, Gerakan sedia bekerjasama dengan pucuk pimpinan MCA yang baru ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan