Malaysia Tidak Perlukan Bantuan Bank Dunia Bagi Pendidikan

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Malaysia adalah antara tiga negara di Asia Tenggara yang tidak memerlukan bantuan kewangan daripada Bank Dunia bagi pembangunan pendidikan.

Pengurus Sektor Pendidikan Bank Dunia bagi Rantau Asia Timur dan Pasifik, Dr Eduardo Velez-Bustillo, berkata hari ini kerajaan Malaysia tidak meminta bantuan kewangan daripada bank itu dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Ini, katanya, meletakkan Malaysia sebaris dengan Korea, Jepun, Taiwan, Singapura dan Thailand di rantau Asia Timur.

Menurut Velez-Bustillo, bank itu, bagaimanapun, masih terlibat secara serius dalam program-program pembangunan pendidikan di beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja, Laos dan Timor Leste.

"Tahun lepas, kami membantu kerajaan Indonesia dalam program pengurusan berasaskan sekolah dengan pinjaman bernilai AS$600 juta. Ini adalah program pendidikan sokongan Bank Dunia yang terbesar dalam sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang berita yang diadakan sebagai acara sampingan bengkel Strategi Pedagogi bagi Meningkatkan Prestasi Sekolah-Sekolah Kecil, di sini. Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Puad Zarkashi, merasmikan bengkel selama tiga hari itu.

Ia dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Bank Dunia dan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo).

Meskipun tidak berada dalam senarai peminjam Bank Dunia, kata Velez-Bustillo, Malaysia tetap merupakan negara penting baginya dari segi penyediaan dan kerjasama dialog teknikal.

Beliau berkata Malaysia berada pada landasan yang betul dalam menyelesaikan isu-isu pendidikannya, dan dasar-dasar yang diadakan oleh kerajaan terbukti berjaya meningkatkan pencapaian sektor itu. Beliau akan membentangkan kertas kerja bertajuk "Cabaran Khas Sekolah Kecil" pada sesi esok.

Bengkel itu dihadiri 56 peserta yang mewakili Malaysia, Kemboja, Filipina, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Ia terutamanya bertujuan mengkaji status dan meningkatkan prestasi sekolah-sekolah kecil di negara-negara anggota Seameo. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan