Letupan Dalam Kereta Api di Moscow: 3 Pelajar M'sia Hampir Maut

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kereta Api Metro di Moscow, Russia musnah dalam satu letupan hari ini. Letupan tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini. Foto AP/ Life News.
Kereta Api Metro di Moscow, Russia musnah dalam satu letupan hari ini. Letupan tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini. Foto AP/ Life News.

MOSCOW: Tiga orang pelajar perubatan Malaysia di sini terselamat dari maut apabila kereta api yang mereka naiki meletup dan mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.

Wisma Putra mengesahkan ketiga-tiga pelajar Malaysia itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sebaliknya mereka telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Ibu-bapa ketiga-tiga pelajar berkenaan juga telah dimaklumkan mengenai status dan kedudukan anak mereka oleh Wisma Putra.

Pihak berkuasa tempatan berkata, para saksi melihat sekurang-kurangnya dua orang wanita yang dipercayai pengganas telah meletupkan diri mereka dalam sebuah kereta api metro yang sarat dengan penumpang.

Dan Perdana Menteri, Vladimir Putin yang juga bekas presiden Rusia mengisytiharkan perang keatas pihak pengganas yang bertanggungjawab itu.

Ini adalah serangan pengganas yang terburuk di ibu kota Rusia sejak enam tahun lalu. Enam puluh lima lagi penumpang dilaporkan tercedera.

Ketua Agensi Perisikan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Bortnikov dipetik sebagai berkata, bom berkenaan diisi dengan batang besi dan juga punat skru.

Beliau dengan segera mengaitkan kejadian itu dengan pergolakan di Utara Caucasus, iaitu wilayah yang didiami oleh etnik Chechen dan tidak pernah menghentikan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Rusia sejak terpecahnya Kesatuan Soviet.

Putin menjadi popular pada tahun 1999 apabila beliau melancarkan perang ke atas puak pemisah Chechen dan menawan ibukota wilayah itu Grozny.

Para pemimpin Rusia khuatir kehilangan wilayah Chechen hanya akan menjejaskan laluan transit tenaga seperti minyak dan gas ke tangan puak pemisah dan lebih buruk dari itu akan mendorong puak-puak pemisah lain yang majoritinya beragama Islam bangun menuntut kemerdekaan.

Kembali kepada kejadian pagi tadi, letupan yang pertama berlau pada lebih kurang jam 8 pagi waktu Moscow dan memusnahkan gerabak kedua kereta api metro yang berhenti di Stesen Lubyanka - yang terletak berdekatan dengan Ibu Pejabat FSB. Letupan di stesen itu mengorbankan 23 orang.

lebih kurang 40 minit kemudian, satu lagi letupan mengegarkan sebuah lagi kereta api metro yang sedang berhenti di Stesen Taman Kultury yang bertentangan dengan Taman Gorky yang popular - mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang lagi.

"keadaannya sungguh menakutkan...saya nampak mayat mangsa yang terbunuh di atas lantai," kata Valentin Popov, pelajar berusia 19 tahun yang turut berada di dalam kereta api yang meletup di Stesen Taman Kultury kepada agensi berita Reuters.

FSB telahpun menyerahkan laporan awal kejadian kepada Presiden Dmitry Medvedev dan segera mengaitkan mayat dua suspek yang meletupkan diri mereka dengan wilayah bergolak di Caucasus.

Anggota badan kedua-dua suspek wanita itu telahpun ditemui oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Moscow telahpun menghantar profil tiga pelajar Malaysia yang terlibat kepada Wisma Putra dan keluarga mereka telah dihubungi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan