Lesen Tujuh Syarikat TV Berbayar Akan Ditarik Semula Jika Lebih Tempoh

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak teragak-agak menarik balik lesen kepada tujuh stesen televisyen berbayar sekiranya mereka didapati gagal menggunakannya dalam tempoh masa dihadkan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Menterinya, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, sekiranya mereka gagal berbuat demikian, kedudukan semua syarikat terbabit akan dikaji semula untuk memberi peluang kepada pihak lain yang berminat dan mampu memberikan produk berkualiti serta mencapai tahap dikehendaki.

Walaubagaimanapun, katanya, mereka akan diberi tempoh yang mencukupi sebelum sebarang tindakan susulan diambil mengikut AKM memandangkan sebahagiannya didapati mempunyai kemampuan terhad.

Untuk rekod, kesemua syarikat yang diberi lesen telahpun memegang lesen berkenaan antara satu hingga tiga tahun.

"Setakat ini, saya tak mahu kata syarikat mana yang tidak aktif. Untuk berlaku adil, semua perlu dinilai semula secara menyeluruh dari segi dasar dan kemampuan korporat setiap syarikat.

"Jika tidak, ini bermaksud kami sudah memberi gambaran negatif sebelum semua syarikat berkenaan diberi peluang memulakan operasi," katanya.

Selain Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan TM Net Sdn Bhd, enam syarikat lain yang telah diberikan lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) adalah MOL Media Sdn Bhd, U Television Sdn Bhd, Asiaspace Digital Network Sdn Bhd, Fine TV Network Sdn Bhd dan De Media Sdn Bhd.

Daripada tujuh syarikat terbabit, empat daripadanya menawarkan perkhidmatan televisyen berbayar menggunakan teknologi internet protocol television (IPTV).

Sebelum itu, Dr. Rais merasmikan majlis penyerahan lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian (NFP), Pemberi Kemudahan Rangkaian (NSP) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan kepada Astro di Auditorium Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) Cyberjaya.

Menurut beliau lagi, penyerahan tiga lesen tersebut menandakan detik bersejarah kerana stesen penyiaran angkasa lepas Astro berjaya disusun semula dan diletakkan di bawah kawal seliaan AKM 1998.

"Ini merupakan peristiwa penting kerana mulai sekarang, industri penyiaran dan stesen penyiaran angkasa lepas diletakkan di bawah satu bumbung sekali gus mencerminkan kesinambungan, sistesis ini mampu membawa industri penyiaran tanah air ke tahap yang lebih tinggi," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Rais menegaskan identiti dan kreativiti ala Malaysia harus ditonjolkan menerusi semua pengendali stesen televisyen sama ada Astro, RTM, Media Prima mahupun tujuh syarikat stesen berbayar baru yang bakal muncul tidak lama lagi.

Yang penting, katanya, masyarakat 1Malaysia dapat bertapak menerusi dunia penyiaran televisyen dengan adanya infrastruktur penyiaran digital yang diluluskan kabinet baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan