Dr Mahathir Harap Ahli MCA Terima Soi Lek Demi Perpaduan Parti

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap semua anggota MCA menerima keputusan pemilihan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden parti itu semalam.

"Ahli-ahli telah menyatakan pilihan mereka, dan saya harap seluruh MCA akan terima. Yang kalah pun harus terima, dan yang menang pun harus terima yang kalah sebagai sebahagian daripada MCA.

"Insa-Allah, MCA akan dapat berjalan dengan lebih licin," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Bicara Negarawan bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan baru parti itu semalam apabila Dr Chua memenangi jawatan Presiden MCA dengan majoriti 68 undi, mengetepikan Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Ditanya sama ada skandal seks melibatkan Dr Chua sebelum ini akan memberi beban kepada parti itu, Dr Mahathir berkata keputusan itu menunjukkan ahli-ahli parti itu sudah mengetepikan isu itu.

"Jika ahli MCA matang, mereka perlu terima keputusan majoriti seperti yang dikehendaki dalam demokrasi," katanya.

Ditanya kemungkinan pihak lain tidak boleh menerima keputusan itu dalam konteks untuk mengukuhkan Barisan Nasional, Dr Mahathir berkata : "Kita mungkin tak boleh terima tetapi ini bukan parti kita." -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan