Soi Lek Mahu Dengar Lebih Banyak Suara Akar Umbi

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA yang baru dipilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau akan mengamalkan kepimpinan inklusif dan kolektif, di samping mendengar lebih banyak suara akar umbi.

"Ini satu permulaan dan cabaran untuk kita menunaikan tanggungjawab yang diamanah oleh perwakilan. Tugas kita baru bermula hari ini. Kita yakin dengan sokongan semua pihak, kita akan bergerak ke hadapan," kata Dr Chua.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pencabarnya dan penyandang jawatan itu yang dulu, Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat, Dr Chua berkata beliau menyambut baik nasihat dan bimbingan mereka dan juga kerjasama untuk menolong memperkukuhkan parti.

Dr Chua, 62, mendapat 901 undi berbanding 833 oleh Ka Ting dan 578 oleh Tee Keat pada pemilihan parti hari ini.

Pada sidang akhbar bersama dengan calon-calon lain yang menang, Dr Chua juga mengucapkan terima kasih kepada 2,315 perwakilan yang telah memberikan beliau peluang untuk berkhidmat.

Pengumuman keputusan pemilihan yang begitu ditunggu-tunggu itu oleh Speaker Datuk Yik Phooi Hong pada kira-kira 6.50 petang di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, disambut dengan sorakan dan jeritan oleh penyokong dan penentang beliau.

Suasana di dewan menjadi kelam-kabut bila petugas media cuba menyerbu presiden baru itu yang dikepungi oleh para penyokongnya.

Chua, yang begitu teruja dengan kemenangannya, tidak menjawab soalan dari pihak media, sebaliknya beredar bersama isterinya Datin Seri Wong Sek Hin dan sekutu-sekutu rapatnya yang lain.

Pemilihan ini menyaksikan kemenangan gabungan calon-calon yang memihak kepada tokoh-tokoh dalam tiga puak yang bersaing, yang sesetengah pemerhati bimbang akan wujud tugas sukar bagi presiden menyatukan mereka akibat imej yang tercemar berikutan skandal seks.

Tugas segera Chua ialah untuk membantu Barisan Nasional merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor dalam pilihan kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, naib presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen segera menarik perhatian bahawa skandal itu tidak mendatangkan sebarang kesan bila perwakilan telah membuat keputusan mereka.

"Boleh lihat dengan jelas apa yang perwakilan pusat mahukan pada seseorang pemimpin. Mereka mahu melihat seorang pemimpin yang mempunyai gabungan kepimpinan yang baik dynamisme, praktikal, berani, kekuatan organisasi, dan kemahiran pengurusan.

"Semua ini diambil kira dan saya ingin katakan bahawa saya fikir perwakilan kini memberitahu setiap orang bahawa mereka telah memaafkan Datuk Seri. Ini cukup jelas. Pemimpin mesti memiliki semua kualiti ini," katanya kepada pemberita.

Seorang anggota parti dari Melaka bersetuju dengan Ng, dan berkata masyarakat tidak harus mencampuradukkan kehidupan peribadi Chua dengan kebolehan kepimpinannya. "Bagi saya, skandal itu sudah menjadi sejarah dan beliau (Chua) harus diberi peluang baru. Selain itu, apa yang MCA perlukan sekarang seorang pemimpin berkaliber dan dapat memimpin parti dengan berkesan. Apa gunanya jika anda mempunyai seorang pemimpin yang menampilkan imej bersih tetapi tidak boleh memimpin.

Chua pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dan naib presiden parti sebelum beliau melepaskan semua jawatannya pada Januari 2008 bila beliau mengakui bahawa beliaulah orangnya dalam DVD seks yang diedarkan dengan begitu meluas. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan