Pengundian MCA Berjalan Lancar, Kata Setiausaha Agung

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses pengundian bagi pemilihan MCA berjalan lancar dan selesai dalam masa hanya satu setengah jam sekalipun bilangan yang datang mengundi paling ramai hari ini.

Speaker Datuk Yik Phooi Hong berkata semua kecuali tiga daripada 2,318 perwakilan yang mendaftar bagi perhimpunan agung luar biasa parti telah mengundi.

Seramai 101 calon bertanding bagi merebut 31 jawatan dan pengiraan undi dijangka mengambil masa lima hingga enam jam di bawah langkah keselamatan ketat, dengan keputusan dijangka diketauhi paling awal 7 malam.

Setiasaha agung Datuk Wong Foon Meng memberitahu pemberita di luar pusat mengira undi di Wisma MCA di sini, jumlah peti undi yang ditambah adalah sebab pemilihan itu dapat berjalan cepat.

"Kami terpaksa membuat beberapa persiapan setelah mengetahui jumlah datang mengundi amat tinggi, jadi kami tambah bilangan peti undi," kata Wong.

Beliau berkata pengiraan undi bermula dengan undi bagi 25 kerusi Jawatankuasa Pusat dan akan berakhir dengan penyelarasan kertas undi bagi jawatan presiden. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan