Keputusan Rasmi Pemilihan MCA

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diisytiharkan sebagai Presiden parti dengan meraih 901 undi, Ong Ka Ting (833 undi) dan Tee Keat (578 undi).

Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai menang jawatan Timbalan Presiden dengan 1171 undi, mengalahkan Datuk Seri Kong Cho Ha (1106 undi).

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Seri Ng Yen Yen (1,528 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (1,469 undi), Datuk Chor Chee Heung (1,202 undi) dan Gan Ping Sieu (1,202 undi).

Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (1,528 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (1,469 undi), Datuk Chor Chee Heung (1,202 undi) and Gan Ping Sieu (1,202 undi).

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Proses pengiraan undi bermula kira-kira 1.20 petang selepas lebih 97 peratus daripada 2,377 delegasi selesai membuang undi masing-masing.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Proses pengundian dalam pemilihan MCA hari ini berakhir dan kiraan kertas undi dijangka bermula 1 tengah hari.

Sejumlah 2,318 atau 97.5 peratus daripada 2,377 perwakilan yang layak mengundi mendaftar bagi pemilihan itu.

Pengundian di Dewan San Choon untuk memilih presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang bermula 10.45 pagi berjalan lancar dan dikawal ketat.

Keputusan pemilihan dijangka diketahui seawal 7 malam.

BERITA TERDAHULU

Proses Pembuangan Undi Bagi Pemilihan Semula MCA Bermula

PETALING JAYA: Lebih 97 peratus daripada 2,377 perwakilan telah mendaftar untuk mengundi dalam pemilihan semula MCA di Dewan San Choon semasa pendaftaran ditutup pada 10.30 pagi.

Speaker Datuk Yik Phooi Hong berkata, 2,316 (atau 97.43 peratus) daripada sebanyak 2,377 perwakilan pusat telah mendaftar sebagai pengundi.

Beliau mengumumkan proses pembuangan undi bermula.

11.10 pagi: Ka Ting meninggalkan dewan selepas membuang undi. Beliau akan kembali mendengar keputusan pemilihan parti nanti.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Debaran dan penentuan berhubung barisan kepimpinan baru MCA akan terjawab hari ini apabila pemilihan semula parti itu diadakan di Wisma MCA di sini.

Pemilihan yang bakal dibuat oleh 2,377 anggota perwakilan pada pemilihan semula itu akan menentukan calon manakah yang akan memimpin parti itu untuk tempoh lebih kurang setahun setengah sahaja lagi.

Bagi anggota perwakilan, ini kali ketiga mereka membuat pemilihan sejak pemilihan MCA pada 18 Oktober 2008.

Pada pemilihan kali kedua 10 Oktober tahun lepas, mereka membuat keputusan mengejutkan melalui tiga resolusi, yang merintis jalan kepada pemilihan semula esok.

Pemilihan kali ini juga melibatkan 101 calon - yang terbesar dalam sejarah parti itu.

Kecuali bagi jawatan timbalan presiden yang kelihatan seperti hampir tiada kempen, para calon bagi jawatan lain nampaknya terpaksa berhempas pulas bagi menonjolkan diri.

Pemilihan bagi jawatan presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan beliau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Datuk Seri Kong Cho Ha dan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula bertanding bagi jawatan kedua tertinggi, manakala 10 calon lagi berentap merebut empat kerusi naib presiden.

Sebanyak 86 calon pula mencuba nasib untuk merebut jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Pusat (CC).

Keputusan pemilihan akan diketahui selewat-lewatnya pada jam 7 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan