Generasi Muda Waspada Taktik Halus Pihak Asing - Tun M

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara supaya lebih berwaspada dengan taktik halus pihak asing yang cuba melakukan penjajahan bentuk baru ke atas rakyat dan negara ini.

Perdana menteri keempat yang menerajui negara selama 22 tahun itu berkata pihak asing akan mengambil kesempatan atas label globalisasi dan liberalisasi untuk melaksanakan agenda mereka itu.

"Kita kini menghadapi pelbagai cabaran dari dunia luar ketika kita sedang menikmati kemajuan negara pada usia ke-53 tahun kemerdekaan negara dengan pelbagai ancaman termasuk melalui laman blog," katanya ketika berucap pada perasmian Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Ketua Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan dan turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tokoh sejarah Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim serta 50 penuntut terbaik institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan insitusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Dr Mahathir berkata generasi muda seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas untuk menangani dan menghadapi ancaman pihak asing.

Selain itu, beliau meminta mereka supaya membantu kerajaan meneruskan perjuangan negara ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Dr Mahathir berkata kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan tinggi untuk bidang pendidikan bagi membentuk mereka menjadi generasi cemerlang dalam mencapai kemajuan pada masa depan.

"Saya berpendapat generasi muda tetap mempunyai peranan kerana mereka akan mewarisi negara ini...golongan tua ini bukan hendak duduk sampai bila-bila... tidak boleh, tetapi nak serah kepada pihak laih, pihak lain itu perlu membuat persediaan untuk memahami apa itu negara Malaysia, apa sistem yang diamalkan, masalah kaum di negara ini dan sebagainya.

"Apabila telah memahami, mereka perlu mengadakan perbincangan sesama mereka dan baru akan mendapat idea yang boleh menyumbang kepada pembangunan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020," katanya.

Beliau berkata generasi muda seterusnya perlu mengelakkan diri daripada mempercayai bahan berita yang disiar menerusi laman blog yang cuba mempengaruhi mereka.

Sementara itu, ketika ditanya seorang penuntut semasa sesi dialog mengenai sekiranya diberi peluang untuk kembali menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata: "Saya tak nak..cukup sekali menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Tiada perdana menteri yang menerajui kerajaan selama itu.

"Saya hanya hendak jadi ahli Umno biasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan