ATM Rayu Naik Gaji Anggota - Berita Semasa | mStar

ATM Rayu Naik Gaji Anggota

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Angkatan Tentera (ATM) akan turut merayu bagi kenaikan gaji anggota dan pegawainya berikutan penyelarasan gaji anggota polis yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ATM berhasrat untuk memohon kenaikan yang sama.

"Penyelarasan gaji anggota polis menjadi penanda aras kepada ATM untuk mengkaji penyelarasan bagi anggota serta pegawainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi ATM di Bandar Tentera Darat di sini semalam.

Menerusi pengelarasan gaji polis, seramai 98,747 anggota dan pegawai polis akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan semasa di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menghantar cadangan bagi kenaikan dan penyelarasan gaji anggota dan pegawai tentera kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Bila waktu yang sesuai, kita akan kemukakan semula kertas cadangan berkenaan dan tentulah bila ekonomi negara sudah pulih dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, kita boleh memperolehinya," katanya.

Mengenai perkembangan kes kemalangan pesawat Pilatus PC-7 MK 11 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang terhempas di Sintok kelmarin semasa latihan dan mengorbankan juruterbangnya, beliau menafikan andaian bahawa kemalangan berpunca daripada masalah penyelenggaraan pesawat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan