Wanita Perlu Pertingkat Modal Intelektual - PM

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kaum wanita di negara ini perlu meningkatkan modal intelektual mereka agar selari dengan proses transformasi yang sedang berlaku di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan melalui satu transformasi besar di bawah Model Ekonomi Baru (MEB), dan wanita sebagai aset negara perlu terus maju di bawah model ekonomi itu yang antara lain bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berpendapatan tinggi.

"Bagaimana untuk mencipta masyarakat Malasyia berpendapatan tinggi...ada kaitannya dengan pengupayaan wanita, bahawasanya yang menjadi penjana kekayaan dalam Model Ekonomi Baru ialah kekuatan minda dan intelektual.

"Jadi modal intelektual wanita mesti dilonjakkan, apabila ini dilakukan, insya-Allah apabila proses transformasi landskap Malaysia dibuat, wanita juga akan benar-benar menjadi aset yang boleh kita banggakan," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Wanita Dan 1Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan penaung konvensyen dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perdana Menteri berkata wanita Malaysia kini dilihat semakin maju, bukan sahaja daripada segi kedudukan, tetapi juga pembabitan dalam pelbagai lapangan dan bidang.

Malah sudah ada wanita di negara ini yang telah menceburi bidang-bidang yang tidak pernah diterokai oleh kaum wanita di negara lain, katanya.

"Saya bangga kerana saya melihat sekarang sudah ada satu semangat baru di kalangan wanita Malaysia untuk bukan sahaja tidak ketinggalan, tetapi apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, apa sahaja inisiatif yang dibuat oleh kerajaan, lebih-lebih lagi apabila saya memperkenalkan 1Malaysia, wanita juga amat berminat untuk menghayati Gagasan 1Malaysia ini.

"Ini adalah bukti bahawa wanita Malaysia sudah melakukan proses transformasi yang amat besar...wanita Malaysia sudah melakukan transformasi dari segi pemikiran wanita, supaya apa sahaja yang dilakukan di dalam negara kita ini, wanita tidak mahu terkecuali daripada menjadi tenaga pemaju kejayaan dan pembangunan negara," katanya.

Najib berkata semangat itulah yang akan menjadi asas yang kuat untuk wanita Malaysia terus maju dan berdaya saing.

Sementara kerajaan berdasarkan prinsip kesaksamaan gender dan Gagasan 1Malaysia yang menekankan tunggak keadilan sosial untuk semua golongan, akan terus memberi peluang seluas-luasnya kepada kaum wanita untuk mencipta kejayaan, katanya.

Seminar sehari bertema "Memperkasakan Wanita Melalui 1Malaysia" antara lain akan mengadakan sesi selari yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu remaja, wanita profesional dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan