Teksi Wajar Dilengkapi Penghadang Lutsinar Untuk Keselamatan Pemandunya, Kata T. Murugiah

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Teksi di negara ini wajar dilengkapi penghadang lutsinar yang memisahkan ruang pemandu dan penumpang bahagian belakang bagi memastikan keselamatan pemandu teksi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah.

Beliau yang meminta kerajaan menimbangkan saranan itu berkata penghadang tersebut akan mengurangkan risiko pemandu teksi disamun khususnya sewaktu beroperasi pada waktu malam.

"Penghadang ini juga akan memastikan keselamatan penumpang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ketiga Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Lapangan Terbang Tambang Murah, di sini hari ini.

Murugiah turut meminta pihak yang berkenaan termasuk Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bekerjasama menyediakan kursus kepada pemandu teksi bagi membantu mereka berkomunikasi dengan pelancong.

"Ini kerana tidak ramai pemandu teksi terutamanya pemandu baru yang menghadiri sebarang kursus cara-cara berkomunikasi dan berdepan dengan pelanggan," katanya.

Murugiah berkata langkah itu juga secara tidak langsung dapat menaikkan imej negara memandangkan pemandu-pemandu teksi antara pihak terawal yang berkomunikasi dengan para pelancong. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan