Tahap Kesedaran Mengenai Isu Pemerdagangan Manusia Masih Rendah - Suhakam

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati tahap kesedaran masyarakat negara ini mengenai isu antipemerdagangan manusia masih rendah.

Pesuruhjayanya Datuk Dr Raj Abdul Karim berkata ini kerana masyarakat secara keseluruhannya tidak memahami definisi sebenar apa yang dimaksudkan dengan pemerdagangan manusia memandangkan skopnya yang lebih luas yang turut melibatkan unsur eksploitasi.

"Sejak akta (Anti Pemerdagangan Manusia 2007) dikuatkuasakan, pada tahun lepas sebanyak 1,083 mangsa telah dapat diselamatkan dan 130 pertuduhan dibuat membabitkan kes itu. Apa pun tahap kesedaran terhadap isu ini di kalangan masyarakat masih lagi rendah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya angka kes pemerdagangan manusia di bawah akta ini agak kecil disebabkan kes berkenaan turut melibatkan akta lain seperti Akta Imigresen dan Akta Pekerjaan.

Untuk mengatasi masalah itu secara lebih berkesan, beliau mencadangkan pihak berkuasa mengenal pasti kawasan yang terdedah kepada kemasukan pendatang asing dan kumpulan yang mudah dipengaruhi seperti wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa pemerdagangan manusia.

"Malah, semua lapisan masyarakat perlu didedahkan kepada isu ini melalui iklan-iklan di media massa, perbincangan dan forum yang dilakukan oleh Suhakam dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).

"Ini perlu supaya mereka dapat melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan agar dapat membantu wanita dan kanak-kanak supaya mereka tidak diperdagangkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan