Pilihan Raya Hulu Selangor: SPR Mesyuarat 2 April

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 2 April ini bagi menentukan tarikh pilihan raya bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor yang kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam kelmarin.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan bersama-sama ahli lembaga pengarah suruhanjaya itu.

"Kita akan adakan mesyuarat tersebut pada pukul 10 pagi di pejabat SPR Jumaat depan.

"Saya menjangkakakan kita akan menerima notis mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diterima Isnin ini,” katanya kepada mStar Online semalam.

Abdul Aziz berkata mengikut peruntukan undang-undang SPR, selepas notis kekosongan diterima, suruhanjaya itu perlu bermesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menentukan tarikh pilihan raya.

"Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi berkenaan,” katanya.

Zainal Abidin, 71, meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira jam 9.27 malam tadi.

Allahyarham merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008, Zainal Abidin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN daripada MIC, Datuk G. Palanivel dengan majoriti 198 undi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan