Najib Sedia Jumpa Zulkifli Noordin

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sedia bertemu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bagi mengetahui penjelasan sebenar berhubung dakwaan diberi tawaran lumayan untuk mengaitkan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Perdana Menteri berkata, beliau sangat gembira untuk menemui Zulkifli bagi mencari kebenaran berhubung perkara berkenaan.

"Saya sangat senang hati untuk berjumpa beliau, saya ingin mencari kebenaran sebab saya sentiasa percaya kebenaran akan ada," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini malam ini.

Zulkifli yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa diberi tugasan oleh pihak tertentu yang bagaimanapun tidak didedahkan identitinya untuk mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isteri selain membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Malah beliau juga mendedahkan bahawa diminta untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Katanya, beliau bersedia untuk disoal siasat tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.

Ditanya sama ada beliau akan mengarahkan pihak polis menubuhkan unit khas bagi menyisat mengenai dakwaan Zulkifli itu, Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Saya akan biarkannya kepada polis, saya tidak mengarahkan polis dalam perkara seperti ini, biarkan sahaja kepada pihak polis," katanya.

Kelmarin Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan menyiasat dakwaan itu kerana pendedahan Zulkifli itu merupakan maklumat baru kepada polis dan orang ramai, justeru, ia perlu disiasat kesahihannya.

Dalam pada itu, Najib juga mengesahkan bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lepas dan akan menyambung tugasnya seperti biasa apabila pulih kelak.

"Keadaannya stabil dan sedang beransur pulih," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan