Hulu Selangor: Medan Menguji MIC

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PILIHAN raya kecil muncul lagi bagi edisi ke-10 selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Kali ini tumpuan semua pihak akan tertumpu kepada kawasan Parlimen Hulu Selangor (P94).

Ternyata pilihan raya kecil kali ini mempuyai signifikan yang cukup besar kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat bagi membuktikan penerimaan rakyat terhadap mereka.

Sehingga kini MIC telah berkira-kira mahu merampas kembali kerusi berkenaan selepas calonnya sebelum ini, Datuk G. Palanivel tewas di tangan penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum 2008.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengesahkan parti itu akan mencalonkan Palanivel sebagai calon namun menyerahkan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN untuk membuat keputusan.

Malah PKR juga telah menyatakan pendirian untuk mengekalkan penguasaan mereka di kawasan berkenaan selepas wujudnya kekosongan ekoran kematian Zainal Abidin akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras kelmarin.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd. Zin dan empat orang anak.

Pada pilihan raya umum lalu, Zainal Abidin menewaskan Palanivel dengan hanya majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC mendapat 22,979 undi.

Bagi MIC, jika BN masih memberikan peluang kepada mereka bertanding di kawasan berkenaan, ia merupakan pelung terbaik bagi parti itu untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat serta membuktikan kewujudan mereka dalam arena politik nasional khususnya bagi membela nasib kaum India masih relevan.

MIC perlu menggunakan peluang berkenaan dengan sebaik mungkin kerana semua mata kini tertumpu kepada keupayaan parti itu untuk bangkit semula selepas tewas teruk pada pilihan raya umum lalu.

Bukan itu sahaja, jika BN merestui Palanivel untuk menjadi calon 'kitar semula' di Hulu Selangor bagi menentang Pakatan Rakyat, beliau sendiri perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat.

Palanivel sendiri sebenarnya perlu berjuang bersungguh-sungguh membersihkan kembali namanya serta mengembalikan maruah parti kaum India itu di persada politik tanah air.

Kawasan Hulu Selangor bukanlah asing baginya kerana beliau juga merupakan Ketua MIC Bahagian berkenaan dan pernah mewakili kawasan Parlimen itu selama dua penggal (1999 dan 2004).

Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan berkata, sejak kekalahan MIC di tangan PKR, parti itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan sentiasa turun padang bagi menghulurkan sumbangan tanpa mengira kaum.

"walaupun kita tewas pada 2008, tapi kita tidak pernah menjauhkan diri daripada rakyat malah kita sentisa mengadakan program-program bersama rakyat.

"MIC begitu yakin dapat mengembalikan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada BN pada pilihan raya kecil ini... percayalah," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, pemimpin nombor dua parti itu masih mempunyai 'taring' dan 'berbisa' serta sudah bersiap sedia menggempur kawasan Parlimen berkenaan bagi memberikan kemenangan kepada BN.

"Datul Palanivel sangat dekat dengan rakyat, semua penduduk di sana mengenali beliau dan pengaruhnya juga cukup besar di kawasan yang pernah diwakilinya itu," katanya.

Berdasarkan rekod, BN mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali kerusi berkenaan memandangkan pada pilihan raya yang lalu, PKR hanya menang tipis dengan majoriti 198 undi.

Bukan itu sahaja, BN juga telah memenangi kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Hulu Selangor iaitu Kuala Kubu Bharu (MCA), Batang Kali (Umno) dan Hulu Bernam (Umno).

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus), India (19 peratus) selain kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli.

Kemenangan BN kali ini juga merupakan kayu pengukur kepada parti itu untuk menilai sejauh mana keberhasilan proses peremajaan yang dilakukan mereka di bawah kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Jika benar BN memberi kepercayaan kepada MIC, mereka perlu membuktikan kemampuan untuk menghadapi cabaran baru dalam landskap politik tanah air sekaligus memberi jaminan bahawa mereka telah pulih daripada sindrom ditolak rakyat khususnya kaum India sendiri.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan