Hulu Selangor: Jangan Bangkit Isu Pengundi Hantu, Kata SPR

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan isu pengundi hantu pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana isu itu tidak pernah wujud sebaliknya timbul apabila ada pihak tidak memahami peraturan baru yang dilaksana sejak Julai 2002.

Menurut peraturan yang dikuatkuasa sejak Julai 2002, pemilih hanya boleh mengundi mengikut alamat yang tertera pada kad pengenalannya walaupun dia tidak tinggal di kawasan itu, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata isu pengundi hantu timbul apabila pemilih itu kembali ke kawasan berkenaan untuk membuang undi tetapi tidak dikenali penduduk setempat.

"Isu pengundi hantu ini mungkin timbul apabila orang yang tidak tinggal di situ kerana telah berhijrah tetapi alamatnya dalam kad pengenalan adalah di kawasan berkenaan, jadi pada hari mengundi dia pulang untuk mengundi dan penduduk sekitar tidak mengenalinya maka timbullah isu kononnya ada pengundi hantu.

"Contohnya seperti di Hulu Selangor nanti, alamat kad pengenalan di Hulu Selangor, tetapi tidak semua pengundi duduk di situ, mereka duduk di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Klang atau di mana-mana," katanya.

Beliau juga menegaskan SPR hanya menggunakan maklumat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengemaskinikan Daftar Pemilih.

Pada pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor nanti, Abdul Aziz berkata pihaknya akan menggunakan Daftar Pemilih yang disahkan pada Disember 2009 yang menyaksikan 65,058 pengundi layak membuang undi.

Semua yang telah mendaftar sehingga Disember lepas layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu nanti, katanya.

Beliau juga tidak hairan jika badan itu sekali lagi dijadikan tempat melepas geram oleh pihak yang tidak berpuas hati kelak.

SPR tidak mengikut arahan mana-mana pihak, sebaliknya menjalankan tugas berpandukan perundangan yang telah ditetapkan, tegasnya.

Mengulas isu berkaitan, Abdul Aziz mengingatkan semua pihak agar tidak memulakan kempen termasuk termasuk menaikkan poster, bendera atau mengadakan ceramah di kawasan itu.

"Belum boleh mulakan lagi, jika ada yang sudah mula naik poster dan sebagainya tindakan adalah di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis. Tunggu dulu pengumuman rasmi," katanya.

Pengumuman mengenai butiran pilihan raya kecil kawasan itu akan dibuat Jumaat ini, kata beliau.

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggal dunia Khamis lepas akibat barah otak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan