Tiada Had Jumlah Data Bulanan Bagi Pakej Penggunan UniFi, Kata TM

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menjelaskan bahawa had jumlah data bulanan bagi para pelanggan pakej UniFi tidak akan dilaksanakan dengan segera.

Ini melibatkan kesemua pakej Unifi yang ditawarkan kepada para pengguna VIP5, VIP10 dan VIP20, katanya di dalam satu kenyataan.

UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tingginya (HSBB) yang baharu.

Sementara itu, TM akan memantau trafik dan corak penggunaan untuk menentukan dan memajukan satu pendekatan yang sesuai bagi memastikan bahawa para pelanggan mendapat pengalaman positif secara online.

Syarikat itu berkata ia berhak untuk melaksanakan satu dasar penggunaan yang berpatutan (FUP) kerana ia mahu memastikan bahawa para pelanggannya tidak terkena kesan yang tidak berpatutan yang serius ekoran penggunaan perkhidmatan yang segelintir.

FUP adalah satu amalan industri yang standard yang dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan talian tetap, wayarles dan data selular di seluruh dunia, katanya.

Ia akan membenarkan TM untuk mengurangkan potensi kesan penggunaan yang tidak berpatutan pada majoriti pelanggan UniFi dan memastikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pihak, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan