MEB Tekankan Peluang Lebih Saksama Kepada Setiap Rakyat - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Model Ekonomi Baru (MEB) akan memberi penekanan kepada peluang yang lebih saksama agar setiap rakyat Malaysia berupaya merealisasikan potensi sebenar mereka sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengenal pasti sumber-sumber baru pertumbuhan, kedua-duanya dari segi dari mana punca pertumbuhan tersebut akan didapati serta meninjau pasaran-pasaran baru.

Najib berkata di bawah model ekonomi baru, yang akan diumumkannya pada akhir bulan ini, akan terdapat penumpuan yang besar terhadap kreativiti dan inovasi.

"Saya percaya inovasi merupakan elemen yang sangat penting dari segi mentransformasikan Malaysia," katanya dalam entri blog 1Malaysia mengenai "Menjawab Komen - Model Ekonomi Baru".

Sambil menekankan bahawa terdapat beberapa prinsip penting dan langkah strategik yang akan mengukuhkan model ekonomi baru itu, Najib berkata satu faktor yang sangat penting ialah kemampuan sistem pentadbiran untuk menyampai dan bertanggungjawab kepada penyampaian.

"... maka dalam hal ini, ianya juga berkait dengan Program Transformasi Kerajaan yang berusaha untuk mentransformasikan negara dengan begitu pesatnya dalam enam bidang sasaran yang sangat penting," katanya.

Najib juga berkata terdapat beberapa halangan sukar yang perlu diatasi.

"Contohnya, bagaimana kita boleh menghentikan kebergantungan kepada subsidi, supaya kita dapat menyalurkan lebih banyak sumber kepada pelaburan yang lebih produktif dan seterusnya meningkatkan pencapaian ekonomi dan pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kita, namun pada masa yang sama tetap peka bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang bukan sahaja miskin tegar malah masih berada di bawah paras kemiskinan.

Dalam hubungan ini, beliau berkata satu daripada elemen penting model ekonomi baru ini ialah menjaga kebajikan rakyat dengan meningkatkan atau mengukuhkan lagi benteng pemampan sosial.

"Paling utama, keseluruhan falsafah dan pendekatan model ini akan didasarkan kepada konsep 1Malaysia, tanpa melupakan bahawa setiap dan kesemua kumpulan etnik telah dan boleh memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menyumbang kepada Malaysia tetapi untuk mengukuhkan lagi perpaduan nasional, supaya kita boleh menjadi Satu Bangsa, Satu Negara, dijalin oleh satu wawasan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan