KD Tunku Abdul Rahman Sedia Untuk Ujian Menyelam

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, yang mengalami kerosakan pada sistem saluran air bertekanan tinggi, Januari lepas, kini sudah bersedia untuk menjalani ujian menyelam.

Syarikat DCNS, hari ini berkata, kapal selam itu telah menamatkan ujian perairan tropika pertamanya di perairan Malaysia selepas jadual penyelenggaran dilakukan di Pangkalan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kenyataan di sini, syarikat pereka dan pembuat kapal selam itu, berkata ujian mengesahkan siapsiaga kapal itu untuk perkhidmatan operasi.

Menurutnya selepas penyelenggaran, KD Tunku Abdul Rahman dibawa ke limbungan dan bersedia menyambung semula jadual latihan termasuk ujian menyelam oleh krew Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan negara.

"Ujian ini menunjukkan TLDM berjaya menubuhkan pasukan kapal selam pertama negara," kata Ketua Bahagian Kapal Selam DCNS, Pierre Quinchon.

Kontrak pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis berserta dengan logistik dan latihan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan DCNS pada Jun 2002.

Scorpene yang diperoleh negara merupakan kapal selam tempur berenjin diesel antara paling canggih di dunia pada masa kini.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak, kini berada di Toulon, Perancis, dan dijadual berlayar ke Malaysia, Mei ini.

Selain Malaysia, dua lagi negara telah memesan kapal selam Scorpene iaitu dua buah oleh Chile dan enam unit oleh India.

Scorpene direka bentuk oleh DCNS dan dibangunkan bersama oleh DCNS dan syarikat pembuat kapal tentera laut, Navantia dari Sepanyol. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan