Earth Hour: Tune Hotels.com Kata "Kurang Sampah, Lebih Bumi"

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena Earth Hour Sabtu ini, Tune Hotels.com menutup lampu lobi utama dan pencahayaan luar selama sejam mulai 8.30 malam melibatkan hotel di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Terminal Pesawat Tambang Murah (LCCT), Pulau Pinang dan Legian serta Kuta di Bali, Indonesia.

Jenama hotel yang menawarkan perkhidmatan terhad itu sejajar kempen hijau 'Less Waste, More Earth' (Kurang Sampah, Lebih Bumi) bagi memperluaskan kempen menggalakkan semua pihak melakukan keputusan bijak berhubung penggunaan sumber semula jadi.

"Ini merupakan sebahagian kecil inisiatif kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels.com, Mark Lankester.

Tune Hotels.com menggunakan sistem bayaran mengikut kegunaan (pay-as-you-use) untuk kemudahan yang banyak menggunakan tenaga elektrik seperti penghawa dingin.

Pilihan kemudahan itu ditawarkan menerusi sistem unit kredit dengan kadar caj RM13.49 untuk kegunaan selama 12 jam dan RM21 (24 jam).

Sementara bilik tanpa penghawa dingin tetapi dilengkapi kipas siling merupakan ciri bilik standard di semua Tune Hotels.com khas untuk tetamu yang memilih penggunaan elektrik secara minimum.

"Tetamu merasakan sedikit caj adalah berpatutan tetapi pada masa sama mereka sedar bahawa sumber (elektrik) memerlukan kos yang besar, jadi kita lebih berhati-hati dengan kaedah penggunaan betul.

"Setiap bilik hotel kami hanya disediakan satu kad kunci dengan akses tenaga untuk memastikan elektrik dalam bilik tidak aktif apabila tetamu keluar," jelas beliau.

Pada masa sama, penghawa dingin di ruang laluan antara bilik mempunyai sistem penentu masa supaya terpasang secara automatik mengikut jadual tetap dan penggunaan mentol jimat tenaga di kebanyakan ruang dalam premis hotel.

Sejak mula beroperasi, Tune Hotels.com membantu mengurangkan penggunaan air dan pembuangan bahan pencuci ke alam sekitar dengan mengenakan caj RM5 untuk tuala mandi termasuk kelengkapan mandi lain.

Tidak lama lagi, tetamu yang menginap lebih semalaman boleh memilih agar cadar dicuci selang sehari berbanding setiap hari.

"Di rumah, ramai orang selesa walaupun tidak menukar tuala dan cadar setiap hari.

"Kami hanya memberi peluang tetamu perihatin tentang perkara yang sama walaupun ketika bercuti," ujarnya.

Lain-lain usaha yang sedang dilaksanakan termasuk amalan prinsip hijau ke dalam reka bentuk hotel menerusi eksperimentasi konsep koridor terbuka sekali gus meminimumkan keperluan penghawa dingin dan meletakkan tong kitar semula mengasingkan bahan buangan logam, plastik dan kertas di hotel tersebut.

Tahun ini, Tune Hotels.com meneruskan inisiatif kempen hijau di Teluk Danga, Johor selain Kota Damansara dan yang terbaru, London yang mendapat respon menggalakkan daripada para tetamu.

Di samping itu, Tune Hotels.com memuat naik klip video bertujuan mendidik orang ramai tentang konsep tersebut menerusi YouTube.com.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan