Anwar Enggan Ulas Pendedahan Zulkifli Noordin

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan mengulas pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Anwar, yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan oleh wartawan sebuah portal berita.

"Tak payah...tak payahlah, tanya dialah siapa yang arah, I tak tahu, dia tak sebut nama. Kalau dia sebutpun, I tak layan sangat.

"Sebagai seorang wartawan yang bagus, jika dia kata dia diminta oleh seseorang, kamu patutnya tanyalah dia. Dia sekarang di Parlimen," katanya.

Wartawan wanita berkenaan kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya ingin tahu sama ada Anwar menafikan perkara itu atau sebaliknya.

Anwar berkata : "Ini satu kenyataan yang tidak wajar daripada seorang wartawan...siapa bayar awak untuk bertanya soalan ini?"

Apabila wartawan itu cuba menyatakan bahawa beliau mahu berlaku adil dan hanya sekadar ingin mengetahui cerita sebenar di pihak Anwar, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu terus menyindirnya. "Apa maksud kamu mahu mendapatkan cerita dari pihak saya. Dia tidak sebut nama, adakah dia kaitkan saya," katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan Zulkifli supaya kerajaan menggugurkan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi, sebaliknya meneruskan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah, Anwar berkata itu tidak membawa sebarang makna kepadanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan