Anggota Parlimen Indera Mahkota Buat Laporan Polis Terhadap Akhbar

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah akhbar yang disifatkannya telah menfitnah beliau telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak laporan bertajuk: "Bahtera Siapa Semakin Bocor?" dengan tujuan memburukkan namanya dan parti tersebut yang disiarkan pada 6 Mac lepas.

Katanya, akhbar itu juga sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.

"Kedua-dua laporan itu tidak benar dan hanya bertujuan menunjukkan bahawa saya ahli parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.

"Tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruah saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan reputasinya sebagai Anggota Parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan