Tiada Pendedahan Besar Daripada Tee Beng

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng berkata beliau tidak akan membuat sebarang pendedahan besar atau tuduhan terhadap mana-mana pihak seperti dilakukan dua wakil rakyat Bebas lain di Parlimen.

Bekas wakil rakyat PKR itu berkata beliau hanya akan membangkitkan soal-soal polisi antara lain mengenai cabaran media baru, pemanasan global dan gagasan 1Malaysia.

"Saya tak akan buat tuduhan atau kutuk siapa-siapa dalam ucapan saya," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Tee Beng ditanya sama ada beliau akan membuat pendedahan seperti yang dilakukan dua wakil rakyat Bebas anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Anggota Parlimen Kulim Bandar-Baru Zulkifli Noordin, yang masing-masing keluar dan dipecat daripada PKR.

Zahrain dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lepas mendedahkan mengenai rancangan 16 September yang gagal dilaksanakan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan, manakala Zulkifli semalam mendedahkan bagaimana beliau diminta untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan mengaitkan mereka dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Tee Beng bertindak keluar PKR awal bulan ini kerana kecewa dengan kepimpinan pakatan pembangkang di Pulau Pinang diketuai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan