Petronas: Malaysia Tidak Ada Padang Minyak Bersaiz Dunia

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat petroleum negara,Petronas membuat penjelasan bahawa mereka tidak pernah menemui telaga minyak di perairan Malaysia yang mampu menghasilkan rezab minyak besar bertaraf dunia sebagaimana yang didakwa oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Naib Presiden Petronas (Eksplorasi dan Pengeluaran Perniagaan), Ramlan Abd Malek berkata, perairan Malaysia tidak terletak dalam kawasan struktur geologikal yang kondusif dan mampu menghasilkan rezab minyak sehingga berbilion tong.

Malah katanya, setakat ini, hasil kajian geologikal juga mendapati perairan negara tidak terletak di kawasan yang mempunyai formasi hidrokarbon yang besar dan tinggi iaitu prasyarat untuk memperolehi rezab minyak yang tinggi.

Ramlan berkata demikian sebagai menjawab laporan media yang memetik Tengku Razaleigh sebagai berkata, Petronas telah menemui telaga minyak yang besar.

Kata Ramlan, padang minyak yang bersaiz dunia perlu mempunyai rezab lebih daripada satu bilion tong minyak atau barrels of oil equivalent (boe).

Jelas beliau, tidak ada satu pun telaga minyak Malaysia yang mampu menghasilkan jumlah bertaraf itu.

Sebagai contoh, padang minyak luar pantai Tupi di Brazil diramalkan mempunyai rezab minyak lima hingga sepuluh bilion boe yang mana sepuluh kali lebih besar daripada padang minyak luar pantai Gumusut-Kakap Sabah.

"Sasaran pengeluaran tong minyak bagi Gumusut-Kakap ialah pada penghujung 2011. Menurut jangkaan kita, padang ini mempunyai rezab sekitar 550 juta boe sahaja.

"Padang minyak laut dalam kita di Kikeh, Sabah iaitu yang pertama pada tahun 2007 hanya mempunyai rezab sehingga 400 juta boe.

Tambah beliau lagi, Malaysia yang kini mengeluarkan 600,000 tong minyak sehari hanya mewakili tidak sampai satu peratus daripada pengeluaran minyak dunia.

"Berdasarkan jangkaan kita, Malaysia akan mampu mengeluarkan jumlah tong minyak sehari pada tahap itu sehingga 2017 iaitu tujuh tahun lagi," ujarnya.

Jumlah pengeluaran tersebut katanya akan menurun secara perlahan dengan andaian bahawa tidak ada telaga minyak baru ditemui dalam tempoh berkenaan, kata Ramlan lagi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan