Penubuhan JMC Mesej Jelas Kerajaan Utamakan Kepentingan Rakyat - Najib

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Penubuhan Pusat JobsMalaysia (JMC) merupakan satu mesej jelas bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia bukan hanya slogan dan retorik sebaliknya dibuktikan dengan tindakan sebenar dalam tempoh yang singkat," kata Najib semasa berucap merasmikan 11 JMC secara serentak di seluruh negara hari ini.

Najib berkata seramai 102,769 orang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 15 bulan dari 1 Jan 2009 hingga 18 Mac 2010 menerusi JMC.

Perdana Menteri berkata jumlah itu ialah daripada 387,210 pencari kerja dan dan 159,968 kekosongan jawatan yang didaftarkan dengan JMC dalam tempoh tersebut.

"Saya yakin dan percaya bahawa agensi kerajaan, majikan swasta dan seluruh rakyat akan dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan JMC dan portal JobsMalaysia sebagai salah satu hab utama mendapatkan pekerjaan di dalam negara," katanya.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan 11 JMC di seluruh negara iaitu di Cyberjaya, Pelabuhan Klang, Kelana Jaya, Danga Bay Johor Baharu, Segamat, Sungai Petani, Kota Baharu, Ipoh, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu.

Penubuhan JMC yang menggunakan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi bertujuan untuk melengkapkan infrastruktur portal JobsMalaysia. Pusat itu menggunakan pendekatan "sentuhan kemanusiaan" dan menjadikan portal JobsMalaysia sebagai "enabler".

JMC berfungsi, antaranya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja secara online, mengendalikan proses temuduga dan mewujudkan hubungan dengan majikan bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Perdana Menteri berkata bagi mengurangkan impak kegawatan ekonomi, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 1 dan 2 telah berjaya meminimumkan pekerja yang diberhentikan kepada 46,860 orang berbanding jangkaan seramai 200,000 pekerja.

Najib berkata kejayaan itu, antaranya melalui tiga program utama Kementerian Sumber Manusia iaitu menerusi penubuhan Bilik Gerakan Pemantauan di kementerian dan 80 Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian di pejabat-pejabat Tenaga Kerja seluruh negara.

Selain itu, katanya, melalui Program Penempatan Pekerjaan, seramai 22,443 pekerja tempatan dapat ditempatkan semula ke pelbagai sektor pekerjaan di seluruh negara.

"Kerajaan turut melaksanakan program "latihan dan penempatan" bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehkerjaan. Seramai 39,035 peserta telah mendaftar untuk mengikuti kursus dalam 82 bidang kemahiran membabitkan 17 sektor industri.

"Daripada jumlah itu, sehingga hari ini, seramai 20,610 pekerja telah berjaya ditempatkan dalam pasaran pekerjaan dan ia akan terus bertambah apabila program ini selesai," katanya.

Selaras dengan gagasan 1Malaysia bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat, Perdana Menteri berkata Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan empat program tambahan.

Najib berkata program berkenaan ialah dengan menyediakan 99 JobsMalaysia Point di seluruh negara bagi membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan sama seperti JMC.

Melalui program Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), beliau berkata kerajaan menyediakan pekerjaan kepada rakyat untuk mengatasi kemiskinan bandar di mana program itu dilaksanakan di kawasan PPRT.

Bagi tahun lepas, sebanyak 10 program telah dijalankan iaitu tiga di Pulau Pinang, masing-masing dua program di Selangor dan Perak, dan satu masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Pahang. Seramai 167 siswazah dan 714 bukan siswazah telah berjaya mendapatkan pekerjaan, katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut membantu golongan miskin tegar yang berdaftar dalam e-Kasih untuk mendaftarkan mereka dalam JobsMalaysia bagi mendapatkan pekerjaan.

"Bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang boleh bekerja tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, kementerian mengambil inisiatif mengesan dan mendekati golongan tidak berumah dan tidak mempunyai pekerjaan melalui program Penempatan Pekerjaan Secara Langsung.

"Kementerian bersama majikan telah turun padang dan menjalankan projek perintis di Kuala Lumpur iaitu di tempat-tempat tumpuan mereka yang tidak memiliki rumah seperti di sekitar Puduraya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid India.

"Lapan program telah dilaksanakan sebanyak dua kali seminggu di mana seramai 146 orang telah didaftarkan dan 32 orang telah dibantu mendapatkan pekerjaan," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan amat komited membantu pencari kerja dengan menyediakan infrastruktur canggih seperti JMC, namun mereka mestilah berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan, peredaran masa dan perubahan persekitaran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan