Kes Liwat Anwar Ibrahim Disambung 10 Mei

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 Mei hingga 30 Ogos depan sebagai tarikh menyambung perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mohamad Zabidin Md Diah menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar selepas menemui wakil kedua-dua pihak bagi kes tersebut.

Beliau menetapkan 10 hingga 14 Mei depan untuk perbicaraan dan akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun, 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.

Mohamad Zabidin menetapkan tarikh tersebut dengan mengambil kira sesi persidangan parlimen yang sedang berlangsung dan dua perbicaraan lain yang dikendalikan peguam bela Anwar, Karpal Singh.

[BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI]

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan