Kerajaan Pusat Akan Segerakan Pembangunan Di Sarawak - Najib

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat akan berusaha menyegerakan lagi pembangunan di Sarawak.

Bercakap pada sesi sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin-pemimpin kaum di kawasan Kota Samarahan, Najib berkata adalah jelas melalui perkara-perkara yang dibangkitkan bahawa rakyat Sarawak mahukan pembangunan di negeri itu disegerakan.

"Kita akan cuba segerakan lagi pembangunan untuk Sarawak," katanya pada sidang itu selepas melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Negara dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBD) di Dataran Merdeka di sini Rabu malam.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Antara yang terlibat dalam sesi itu di Kota Samarahan ialah pemimpin kaum Iban, Bidayuh, Cina, Melayu, Melanau dan wakil pelajar.

Najib berkata adalah jelas penduduk di Sarawak mahu sama-sama untuk bergerak dalam dunia IT.

"Kita akan segerakan dan percepatkan lagi pembanguan IT (teknologi maklumat) di seluruh Sarawak," katanya.

Di KOTA SAMARAHAN, Taib berkata pelancaran HSBB akan membantu rakyat Sarawak untuk sama-sama bergerak maju dalam dunia IT.

Taib berkata HSBB akan menjadi saluran penting untuk rakyat dalam mendapat lebih banyak ilmu dan kepakaran dari seluruh pelusuk dunia.

"Kalau 20 tahun dulu kita perlu membina jalan raya untuk menghubungkan rakyat di pedalaman Sarawak dengan dunia luar, hari ini kita akan menyaksikan satu lagi tranformasi dengan pelancaran HSBB," katanya.

Taib berkata pelaburan sebanyak RM200 juta untuk membangunkan prasarana menara telekomunikasi untuk kemudahan IT memang berbaloi khasnya bagi masyarakat luar bandar dan pedalaman yang tidak mahu ketinggalan dalam kemajuan dunia IT- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan