Karpal Cabar Zulkifli Bongkar Pihak Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini mencabar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin menamakan pihak ketiga yang didakwa menawarkan ganjaran besar kepada beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?" katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Pengerusi DAP itu turut mempersoalkan sama ada Zulkifli berani membuat laporan polis bagi membuktikan apa yang didakwanya sebelum ini benar.

"Jika dibuktikan, dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh dibawa ke mahkamah kerana memberi laporan yang palsu," katanya.

Semalam, Zulkifli yang kini Anggota Parlimen Bebas selepas dipecat dari Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini, membuat pendedahan di Dewan Rakyat dengan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya selain untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan satu kes pembunuhan lain pada 2004.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Zulkifli berkata pendedahannya itu tidak ada kena mengena dengan Karpal.

"Kalau Karpal Singh rasa tak puas hati, saya nak tanya dia mengenai kenyataan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) pada 7 Mac minta dia (Karpal) taubat kerana meminta Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meletak jawatan, sampai hari ini dia (Karpal) tak jawab. Kenapa dia tak jawab?" katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini bahawa polis akan mengambil keterangannya berhubung pendedahan itu, Zulkifli berkata: "Memang kerja dia siasat." - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan