Juruterbang Terbunuh Pesawat TUDM Terhempas Di Sintok

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya terhempas di kawasan hutan dekat kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu telah ditemui dan dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM.

Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas di sini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan