JPJ Kenal Pasti 831 Lokasi Pasang AES

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengenal pasti 831 lokasi risiko kemalangan yang akan dipasang dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan sebarang kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna.

Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan berkata untuk fasa pertama, sistem itu akan membuat rakaman video dan foto secara secara automatik terhadap dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah di lokasi berkenaan.

"Sekiranya fasa pertama berjaya, ia akan diperluaskan kepada pelbagai kesalahan lain seperti memotong garisan berkembar, memotong sebelah kiri, lebih muatan atau memotong barisan," katanya kepada pemberita pada taklimat media mengenai sistem itu di sini hari ini.

AES yang digunakan dengan meluas di negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, pada asasnya merupakan sistem di mana kamera dipasang di kawasan-kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pelbagai kesalahan jalan raya yang dilakukan pengguna, dan dianggarkan 3,000 kamera akan dipasang di seluruh negara, antaranya di 265 kawasan lampu isyarat dan 556 kawasan kemalangan.

Sistem itu akan membolehkan gambar wajah pemandu dan plat nombor kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas dirakam menerusi teknologi radar, dan maklumat yang dirakam itu akan dihantar terus ke pusat kawalan yang akan memprosesnya bagi penghantaran saman kepada pesalah dalam tempoh 48 jam.

Solah berkata berkata fasa pertama AES dijangka mula beroperasi mulai Mei ini dan keseluruhan operasi dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan.

"Seramai 1,500 petugas dikhaskan untuk mengendalikan sistem itu di seluruh negara melalui dua pusat kawalan yang ditempatkan di zon utara dan selatan," katanya.

Solah berkata sistem AES beroperasi 24 jam sehari tanpa mengira keadaan cuaca, tidak bermusim dan tiada campur tangan manusia, di samping membolehkan saman dapat dikeluarkan dalam tempoh kurang seminggu.

"Sekarang saman hanya dapat dikeluarkan dalam masa sebulan kerana perlu melalui proses temu siasat, tetapi melalui sistem ini segala bukti lengkap, untuk membolehkan pesalah dikenakan tindakan," katanya.

Dalam pada itu Solah berkata sistem AES juga mampu mengesan kesalahan di semua lorong jalan raya berbanding sebelum ini hanya dapat mengesan di lorong-lorong tertentu sahaja. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan