Cadangan Untuk Memperkenal Subjek Kesihatan Tunggal Di Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran sedang melihat kepada kemungkinan untuk memperkenalkan subjek pendidikan kesihatan secara tunggal di sekolah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan antara kedua-dua kementerian.

"Kita telah melancarkan kempen gaya hidup sihat sejak 1992 dan sehubungan itu kita kini sedang melihat untuk memperkenalkan satu subjek pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah.

"Di dalam kabinet, kita telah berbincang bagaimana untuk melaksanakan subjek jasmani dan kesihatan secara bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Liow menjelaskan pada masa sekarang, para guru boleh mengajar tentang cara pemakanan yang betul dan aspek kesihatan semasa aktiviti pendidikan jasmani dan pengajaran mata pelajaran kesihatan.

"Kita bukan sahaja mahu pelajar kita bersenam tetapi juga tahu tentang pemakanan dan diet," katanya. Mengenai kempen gaya hidup sihat, beliau berkata kementeriannya memerlukan maklum balas daripada orang ramai tentang keberkesannya.

Di dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan Persatuan Nutrisi Malaysia, Liow berkata trend obesiti dan berlebihan berat badan semakin meningkat di negara ini, termasuk di kalangan muid-murid sekolah.

"Dalam kajian yang dilakukan pada 2002 dan 2008 di kalangan murid sekolah rendah, berlebihan berat badan meningkat daripada 11 peratus kepada 12.8 peratus dalam tempoh enam tahun tersebut, sementara obesiti turut meningkat daripada 9.7 peratus kepada 13.7 peratus dalam tempoh yang sama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan