Beli Kapal Korek Dalamkan Muara Sungai Cetek

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu bercadang membeli sebuah kapal korek bagi mendalamkan muara sungai yang cetek di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata, pembelian kapal korek itu dapat menjimatkan kos mendalamkan sungai yang berharga kira-kira RM5 juta setahun bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.

"Kita telah mendengar taklimat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa kritikalnya masalah muara sungai di Terengganu. Kita mempunyai 14 muara sungai di seluruh Terengganu dan kesemuanya memerlukan kerja-kerja penggalian dan membetulkan muara sungai dan mendalamkannya sepanjang masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sempena dua tahun pemerintahannya sebagai Menteri Besar di sini, hari ini.

Dengan adanya kapal korek tersebut pada tahun depan, beliau menjangkakan ia mampu memperoleh kuantiti pasir yang banyak untuk menambak beberapa kawasan di negeri ini yang dilihat strategik untuk dilaksanakan sebagai kawasan pembangunan.

"Contohnya kalau kita nak korek sungai Terengganu ini bermula dari Shah Bandar hingga ke Taman Tamadun Islam, ia memerlukan belanja setengah juta untuk kita korek.

"Pasir itu, kita boleh gunakan untuk menambak Pulau Wan Man dan akhirnya kita boleh buat perumahan kira-kira 100 unit. Sebab itu kalau kita ada kapal korek kita sendiri, kita boleh dalamkan dan kita boleh tambak kawasan di sekitarnya yang boleh kita bangunkan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, satu penemuan baru iaitu batu kapur dipercayai telah ditemui di Bukit Besi, Dungun oleh Jabatan Mineral dan Geologi yang ketika itu mengadakan kajian berkaitan bijih besi di kawasan tersebut kira-kira enam bulan lepas.

Ahmad berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh daripada jabatan berkenaan untuk disahkan penemuan tersebut serta jumlahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan