90 Individu Dakwa Rugi RM200,000 Ditipu Agensi Pelancongan

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 90 orang mendakwa ditipu sebuah agensi pelancongan dan kerugian kira-kira RM200,000 apabila percutian mereka ke China, Taiwan dan Korea Selatan dibatalkan pada saat-saat akhir.

Seorang mangsa Lim Wei Choon,53, berkata, beliau kerugian RM9,142 setelah menempah percutian enam hari untuk enam orang ke Hainan, China tetapi dimaklumkan sehari sebelum tarikh penerbangan bahawa ia dibatalkan kerana ahli kumpulan tidak mencukupi setelah seorang peserta terbabait dalam kemalangan.

"Kami buat tempahan semasa Matta Fair 2009 dan sepatutnya berlepas pada 27 Disember. Agensi itu berjanji untuk memulangkan wang dalam masa seminggu, namun hingga kini tidak ada", katanya kepada pemberita di Biro Aduan MCA di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa Cheang Kwong Chiew, 57, berkata beliau telah menyerahkan pasport kepada agensi tersebut bagi memohon visa untuk ke China tetapi agensi tersebut telah ditutup dan pasportnya tidak dikembalikan.

"Saya minta syarikat itu pulangkan semula pasport saya secepat mungkin kerana saya hendak ke tempat-tempat lain", katanya.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun.

"Kami akan membawa perkara ini kepada Datuk Koh untuk mengetahui sama ada ini satu perniagaan atau penipuan," katanya. Chong berkata setakat ini 20 mangsa telah membuat laporan polis.

"Dua minggu lalu, kami (Biro Pengaduan Awam) menelefon pengurus syarikat untuk berbincang mengenai perkara ini dan katanya dia akan menelfon semula selepas berbincang dengan para pengarahnya. Tapi setakat ini, kami tidak tidak mendapat sebarang jawapan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, agensi terbabit dikatakan mempromosikan pakej-pakej pelancongannya di Pameran Pelancongan dan Pengembaraan (Matta Fair).

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pelesenan Kementerian Pelancongan, Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor yang turut hadir berkata, pihaknya akan menyenaraihitamkan agensi tersebut dan menarik lesen perniagaannya.

Agensi tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Industri Pelancongan 1992 kerana menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan dan ekonomi negara, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan