SPRM: Dua Lelaki Didakwa Cuba Perdaya Datuk Bandar JB

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor dan rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Baru hari ini kerana cuba mengugut dan memperdaya Datuk Bandar Johor Baru dengan menggunakan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan suapan sebanyak RM500,000.

Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, kedua-dua lelaki berumur 52 dan 48 tahun itu dituduh meminta suapan tersebut pada kira-kira pukul 5 petang, 19 Mac daripada Datuk Bandar tersebut.

"Laporan telah dibuat pada hari yang sama di mana kedua-dua mereka didakwa cuba mengugut Datuk Bandar dengan meminta suapan sebanyak RM500,000 untuk diserahkan kepada seorang pegawai SPRM Kuala Lumpur sebagai balasan tidak meneruskan siasatan kes rasuah yang dikatakan melibatkan Datuk Bandar tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 384, Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama-sama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mustafar berkata, SPRM memandang serius kes-kes di mana individu menyamar sebagai pegawai penguatkuasa termasuk pegawai SPRM bagi mengugut dan meminta suapan.

"Ada beberapa kes yang disiasat melibatkan individu yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa SPRM untuk mendapatkan duit selain itu ada juga yang menyamar sebagai orang tengah kepada SPRM untuk mendapatkan suapan," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai meminta mana-mana individu yang mengaku sebagai pegawai penguatkuasa menunjukkan kad kuasa bagi mengesahkan identiti mereka sebelum membuat tindakan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan