Negeri Sembilan Teroka Sumber Air Bawah Tanah

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Negeri Sembilan akan meneroka sumber air bawah tanah bagi menampung keperluan air bersih di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan.

Beliau berkata, sumber air itu diperlukan berikutan bekalan air di permukaan seperti sungai dan empangan semakin terbatas ekoran cuaca panas dan pengurangan taburan hujan di beberapa kawasan tadahan air di negeri ini.

"Saya telah mengarahkan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) untuk bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains untuk mengenalpasti dan mengkaji selidik kawasan yang terdapat takungan air bawah tanah yang besar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 7 Mac lepas, SAINS mula melaksanakan catuan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Seremban ekoran cuaca panas yang berlarutan.

Hujan yang lama tidak turun mengakibatkan penurunan paras air sungai di muka sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

Bagaimanapun, catuan air itu dihentikan pada Isnin lepas setelah keadaan pulih semula. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan