Kes Anak Dipaksa Ibunya Melacur Diserah Kepada Polis, JKM

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Biro Pengaduan Awam (BPA) menyerahkan kepada polis dan Jabatan Kebajikan masyarakat kes seorang budak perempuan berusia 16 tahun dari Rawang, Selangor, yang didakwa dipaksa ibunya menjadi pelacur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata berdasarkan aduan yang diterimanya di Kuala Lumpur semalam, wanita berkenaan yang sudah bercerai dengan suami, dilaporkan sering bertukar pasangan lelaki setiap malam di rumah yang turut didiami anaknya itu.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa budak perempuan itu telah melarikan diri ke rumah neneknya di Kampar, Perak dan tidak lagi bersekolah kerana tidak tahan dengan sikap ibunya.

Murugiah berkata PBA berharap kes tersebut dapat diselesaikan melalui sistem timbang tara iaitu penyelesaian secara bermusyawarah yang diperkenalkan oleh biro tersebut sejak empat bulan lepas.

Beliau berkata melalui sistem timbang tara itu, pengadu akan bersemuka terus dengan pihak yang diadu dan tindakan perlu dilakukan dalam tempoh lima hari bekerja ataupun selewat-lewatnya dua minggu bekerja bergantung kepada kes yang diadu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan