Jenazah Dr Sulaiman Dikebumi Sebelah Kubur Isteri

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jenazah bekas Menteri Pertanian, Allahyarham Tan Sri Dr Sulaiman Daud selamat dikebumikan di sebelah kubur isterinya Allahyarhamah Puan Sri Naemah Hasbi di Tanah Perkuburan Lembaga Masjid Bahagian Kuching, petang ini. Dr Sulaiman Daud, 77, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi semalam kerana sakit kanser hati. Jenazah Allahyarham, yang diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam tadi, dibawa ke rumah keluarganya di Jalan Haji Kassan, Kampung Nombor Enam, Satok di sini untuk penghormatan terakhir oleh orang kenamaan, saudara mara dan kenalan.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa Menteri Kabinet negeri merupakan antara pembesar negeri yang memberikan penghormatan terakhir.

Solat jenazah dan bacaan tahlil diketuai oleh Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Jouji Suhaili. Kesemua empat anak Allahyarham - Dr Mahadhir, Norshida, Zelda Raha dan Azman menghadiri upacara pengkebumian itu. Allahyarham yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas Anggota Parlimen Petra Jaya pernah memegang pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Dr Sulaiman pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-1984 dan 1991-1995), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-1986), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-1989), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

Isterinya meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Anak sulung Allahyarham, Dr Mahadhir berkata bapanya merupakan seorang yang gigih dan mempunyai komitmen tinggi terhadap kerja yang diamanahkan kepadanya, namun pada masa yang sama Allahyarham tidak pernah lupa tanggungjawabnya kepada keluarga. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan