Isu Dengan KPN Permainan Politik Pihak Tertentu: Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu dakwaan beliau berselisih faham dengan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan adalah permainan politik sesetengah pihak untuk melaga-lagakan mereka.

"Bagi saya isu ini bukan satu kebetulan. Orang boleh nilai isu ini memang disasarkan tetapi bukan kepada Hishammuddin atau Musa jadi sasaran...Sasaran adalah kepada sesiapa yang mengisi jawatan itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sebelum itu mengatakan hubungan mesra antara beliau dan Musa yang dipaparkan dalam sidang media semalam hanyalah lakonan.

Dalam sidang media semalam, Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa beliau berselisih faham dengan Musa ekoran kenyataan Ketua Polis Negara itu bahawa terdapat 'pihak ketiga' yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, isu itu sengaja dilagakan kerana KPN merupakan pemimpin tertinggi dalam menjaga keselamatan negara.

"Kalau tak KPN dengan saya, KPN dengan timbalannya, kalau tidak Perdana Menteri dengan timbalannya ataupun Timbalan Perdana Menteri dengan menteri-menteri lain. Itu modus operandi mereka," katanya.

Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri permainan politik sesetengah pihak berhubung isu itu.

"Saya rasa isu ini dieksploitasi sebegitu rupa namun rakyat boleh melihat sendiri perkara ini tidak mempunyai asas langsung. Lebih baik teruskan agenda kita dalam membangunkan negara," katanya.

Katanya sebelum ini, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mendakwa Ketua Pengarang China Press diarah meletak jawatannya atau akhbar itu akan digantung tiga hingga enam bulan berhubung isu itu namun perkara itu telah diselesaikan secara baik.

"Bagi saya, lagi banyak tuduhan-tuduhan sebegini, lebih mudah kita nak menunjukkan bahawa mereka lakukan kerana kepentingan politik dan pemikiran yang sempit dan tidak rasional kerana berdepan dengan realiti pun mereka tidak boleh menerima hakikat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan