Ibrahim Ali Saman The Sun RM5 juta

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengemukakan noti tuntutan supaya akhbar The Sun Memohon maaf secara terbuka ekoran penerbitan artikel yang didakwanya berniat jahat.

Artikel bertajuk Sultan Keeps Perkasa Guessing On Invitation yang diterbitkan pada 17 Mac 2010 menceritakan tentang kehadiran Sultan Sharifuddin tidak pernah sekali pun memberi perkenan untuk merasmikan mesyuarat agung Perkasa pada 27 Mac ini kerana baginda bimbang wakil rakyat Bebas itu bersifat ultra-Melayu dan cauvinis.

Jika akhbar berkenaan tidak memohon maaf dalam masa tujuh hari, beliau akan mengemukakan saman sebanyak RM5 Juta di mahkamah.

Ibrahim menamakan Ketua Pengarang Kumpulan The Sun, Ho Kay Tat, penerbit akhbar The Sun Sun Media Corporation Sdn Bhd dan penulis artikel berkenaan, Terence Fernandez sebagai defendan.

Ibrahim yang juga wakil rakyat Bebas menegaskan bahawa semua tuduhan itu tidak benar kerana Sultan Selangor tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang disiarkan oleh akhbar berkenaan.

Disebabkan penyiaran artikel berkenaan, Ibrahim mendakwa ia telah merosakkan reputasi beliau serta memberikan persepsi negatif kepada masyarakat bahawa beliau seorang pemimpin yang cauvinis dan ekstremis.

“Siapa mereka untuk labelkan saya seorang cauvinis dan ekstremis kerana selama saya menjadi ahli Parlimen dan Presiden Perkasa mereka telah merosakkan imej dan reputasi saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Parlimen di sini semalam.

Dakwanya lagi, penyiaran artikel itu berniat jahat dan permohonan maaf yang dikemukakan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu baru-baru ini dibuat sekadar sambil lewa sahaja.

Khamis lalu, Pejabat Sultan Selangor mengeluarkan surat yang menjelaskan bahawa pertubuhan itu tidak menggunakan nama Sultan Selangor dengan menghantar kad-kad jemputan ke majlis perasmian mesyuarat agung pertama pertubuhan itu tanpa perkenan baginda pada 27 Mac ini.

Sebaliknya Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, sememangnya berdasarkan perancangan asal Sultan Selangor berkenan untuk berangkat merasmikan mesyuarat agung berkenaan.

Bagaimanapun, kata beliau, baginda telah dinasihati supaya tidak berangkat ke majlis tersebut kerana dibimbangi kehadiran Tuanku akan disalahtafsirkan dan disalah anggap oleh pihak-pihak tertentu bahawa istana terlibat secara tidak langsung dengan politik.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan