Garis Panduan Walit Libatkan Empat Kementerian

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) mengambil masa untuk dibentang ke Kabinet kerana ia melibatkan empat kementerian, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Noh berkata, selain kementerian yang diterajuinya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan juga terlibat dalam penggubalan garis panduan itu.

"Tunggulah... Kita akan umum selepas ia diluluskan (Kabinet)," kata Noh kepada Bernama di lobi Parlimen mengenai perkembangan terkini garis panduan bagi pembangunan industri sarang burung yang bernilai RM1.5 bilion setahun itu.

Garis panduan itu disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit di negara ini.

Sebelum ini, Noh dilaporkan berkata, 1GP akan dibentang ke Kabinet pada Mac ini.

Dianggarkan terdapat 50,000 premis burung walit di seluruh negara dengan kebanyakannya dibina di rumah-rumah kedai di kawasan bandar menimbulkan kebimbangan penduduk setempat mengenai masalah bau, bunyi dan penyakit.

Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin sebelum ini berkata, pelaksanaan garis panduan holistik itu akan menyelesaikan semua masalah berbangkit.

Abdul Aziz berkata, ia akan menjadi garis panduan pertama seumpamanya di rantau ini bagi mengawal selia pembangunan industri burung walit itu daripada aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran hinggalah pengeksportan sarang burung itu.

Ketika ini masalah pelesenan rumah burung dilihat membantutkan perkembangan industri itu terutama di Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak, yang antara lain melibatkan rumah burung dibina dalam kawasan warisan (Pulau Pinang dan Melaka)dan peruntukan undang-undang melarang premis burung dibina di kawasan bandar seperti di Sarawak.

Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu, menjelaskan kenapa harganya mencecah RM4,000 sekilogram. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan